
Juara Pertandingan Inovasi dan Rekacipta
Written by Unit Fizik
Monday, 07 April 2008
Pertandingan Akhir Inovasi dan Rekacipta Sains Peringkat KML yang berlangsung pada 19 Februari 2008 telah membawa tuah kepada kumpulan F4T28 kerana berjaya memenangi hadiah utama iaitu pakej perlancongan ke Kota Kinabalu di mana perbelanjaan dibiayai penuh oleh pihak kolej.
Sebanyak lima kumpulan yang telah bertanding dan setiap kumpulan memberi cabaran yang hebat. Kumpulan F4T28 telah mempersembahkan produk dikenali sebagai Free Smokie yang dapat memberi kembali kesegaran udara yang dikotori terutama dalam bilik atau ruang-ruang tertentu. Sebanyak lima kumpulan yang terpilih ketika peringkat saringan bagi pertandingan peringkat akhir ini antaranya:
i. F1T5 – Tri-Alert Bell
ii. F4T28 – Free Smokie
iii. F1T8 – Winmaxx
iv. F4T25 – RHP-25
v. F3T23 – Smart Helmet
Tahniah kepada juara pertandingan inovasi dan rekacipta sains dan semoga pertandingan seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Taken from www.kml.matrik.edu.my
No comments:
Post a Comment